CHEOK SIEW CHENG D20102045317
Pages

kajian tempatan
welcome
Sunday, 11 December 2011
Saturday, 10 December 2011
Definisi Jenis Rumah
Rumah Moden :
1) Rumah Teres
Rumah
teres/ berangkai - rumah yang dibina secara berbaris tetapi berkongsi
dinding dengan rumah sebelah. dibina sekurang-kurangnya tiga unit. rumah
jenis ini banyak terdapat di kawasan bandar dan pinggir bandar.
2) Rumah Pangsa
rumah
pangsa - bangunan bertingkat yang mengandungi unit rumah berasingan.
terdapat kemudahan asas seperti kedai, tempat letak kereta, tempat
pembuangan sampah dan lif. rumah ini diklasifikasi sebagai rumah mampu
milik. banyak terdapat di kawasan bandar raya seperti Kuala Lumpur.
3) Apartmen
apartmen
- bangunan bertingkat dengan unit rumah yang berasingan. keluasan unit
rumah lebih luas berbanding rumah pangsa. kemudahan yang disediakan
pemaju antaranya dewan, gimnasium, kolam renang, dobi dan kawalan
keselamatan.
4) Rumah Banglo
rumah
bangl0 - dibina dengan setiap unit tidak bersambung antara satu sama
lain. dengan erti kata lain, rumah banglo tidak berkongsi dinding dengan
rumah yang lain seperti rumah teres. rumah banglo boleh dibina secara
persendirian di atas tanah lot ataupun dibina oleh pemaju di kawasan
perumahan.
rujukan : Jabatan Perangkaan Negara (http://www.statistics.gov.my/portal/images/stories/files/otherlinks/jenis_tmpt_kediaman.pdf)
Labels:
jenis rumah,
tahun 4
Arah Mata Angin Sebagai Pandu Arah
Arah
mata angin digunakan sebagai salah satu cara untuk menentukan kedudukan
sesuatu tempat. kedudukan sesebuah negara juga dapat ditentukan dengan
menggunakan mata angin.
TEMA : MENGENAL NEGARA KITA
Tema ini membincangkan lokasi Malaysia di Asia Tenggara, Benua Asia dan
di dunia. Malaysia terletak di Garisan Khatulistiwa beriklim panas dan
lembab sepanjang tahun. Murid juga didedahkan dengan kawasan zon iklim
dunia bagi melengkapkan pengetahuan mereka tentang iklim dunia. Dari
aspek fizikal, negara kita mempunyai pelbagai bentuk muka bumi yang
mempunyai kepentingan tertentu. Di samping itu, murid juga dapat
mengetahui tentang tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar serta
habitatnya.
TEMA : SEJARAH NEGARA KITA
Tema ini membincangkan sejarah negara kita bermula dengan sejarah pengasasan Kesultanan Melayu Melaka dan kegemilangannya sehinggalah kedatangan kuasa luar. Disamping itu, tema ini turut menjelaskan sejarah awal Sabah dan Sarawak. Dalam tema ini, kita akan mengetahui tentang zaman penjajahan yang merangkumi kedatangan kuasa luar dan penentangan penduduk tempatan terhadap penjajah.Wednesday, 2 November 2011
NEGARA-NEGARA DI ASIA TENGGARA
Semasa mengajar mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 5, saya mendapati sukar mencari ABM di pusat sumber sekolah. Berikut sebahagian maklumat yang boleh didapati di internet.
Subscribe to:
Posts (Atom)