Rumah Moden :
1) Rumah Teres
Rumah
teres/ berangkai - rumah yang dibina secara berbaris tetapi berkongsi
dinding dengan rumah sebelah. dibina sekurang-kurangnya tiga unit. rumah
jenis ini banyak terdapat di kawasan bandar dan pinggir bandar.
2) Rumah Pangsa
rumah
pangsa - bangunan bertingkat yang mengandungi unit rumah berasingan.
terdapat kemudahan asas seperti kedai, tempat letak kereta, tempat
pembuangan sampah dan lif. rumah ini diklasifikasi sebagai rumah mampu
milik. banyak terdapat di kawasan bandar raya seperti Kuala Lumpur.
3) Apartmen
apartmen
- bangunan bertingkat dengan unit rumah yang berasingan. keluasan unit
rumah lebih luas berbanding rumah pangsa. kemudahan yang disediakan
pemaju antaranya dewan, gimnasium, kolam renang, dobi dan kawalan
keselamatan.
4) Rumah Banglo
rumah
bangl0 - dibina dengan setiap unit tidak bersambung antara satu sama
lain. dengan erti kata lain, rumah banglo tidak berkongsi dinding dengan
rumah yang lain seperti rumah teres. rumah banglo boleh dibina secara
persendirian di atas tanah lot ataupun dibina oleh pemaju di kawasan
perumahan.
rujukan : Jabatan Perangkaan Negara (http://www.statistics.gov.my/portal/images/stories/files/otherlinks/jenis_tmpt_kediaman.pdf)
No comments:
Post a Comment